suria

Ibu anjur ‘gender reveal party’ kali kedua untuk raikan anak transgender

Julie dan Daniel bersama anak kedua mereka, Ella yang kini berusia enam tahun. Foto: HWM Photography/Caters News

KETIKA mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata kedua, pasangan suami isteri ini menganjurkan sebuah parti untuk mendedahkan jantina bayi mereka kepada ahli keluarga dan kenalan.

Ketika itu tetamu menjangkakan jantina bayi yang dikandung Julie Hindsley merupakan seorang bayi perempuan, namun tekaan mereka meleset sama sekali.

"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kami bakal mempunyai seorang lagi anak lelaki, kerana semua orang menyangka bayi saya seorang perempuan," kata Julie yang merupakan seorang jururawat.

Bayi yang dilahirkan Julie pada 2014 itu kini sudah menginjak usia enam tahun.

Namun apa yang mengejutkan, kanak-kanak itu lebih cenderung untuk berperwatakan seperti seorang perempuan!

Julie dan suaminya, Daniel menyedari kelainan anak kedua mereka apabila kanak-kanak itu berbeza sama sekali dengan anak sulung mereka, Grant di mana dia lebih gemar bermain dengan alat solek dan anak patung.

Sehingga akhirnya ketika berusia empat tahun, kanak-kanak itu pertama kali memberitahu dia mahu menjadi seorang perempuan.

Julie dan suaminya menemui pakar untuk sesi kaunseling selepas mengetahui anak mereka seorang transgender bagi mendapatkan nasihat dalam mengadaptasi situasi berkenaan.

"Kami berada dalam situasi penafian sehingga akhirnya kami belajar bagaimana melepaskan anak lelaki kami dan menerimanya sebagai anak perempuan," kata Julie.

Julie dan suaminya baru-baru ini menganjurkan parti bagi mendedahkan jantina anak mereka sekali lagi, selain meraikan jantina baru anak mereka yang dinamakan Ella. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

transgender, parti

Artikel Lain