suria

Wanita tiada gejala Covid-19 jangkiti 71 mangsa lain selepas guna lif apartmen

Wanita yang baru pulang bercuti dari Amerika Syarikat itu menjangkiti mangsa lain meskipun menggunakan lif apartmen didiaminya seorang diri.

SEORANG wanita yang tidak menyedari dia positif Covid-19 menjangkiti sekurang-kurang 71 mangsa selepas menggunakan lif di apartmennya.

Wanita itu baru saja kembali ke kediamannya yang terletak di wilayah Heilongjiang, China selepas bercuti di Amerika Syarikat (AS) pada 19 Mac lalu.

Heilongjiang tidak melaporkan sebarang kes baharu Covid-19 dalam tempoh lapan hari sebelum itu.

Wanita tersebut yang tidak didedahkan identitinya tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19 dan diuji negatif selepas pulang dari luar negara selain diminta untuk menjalani kuarantin di rumah.

Meskipun dia berseorangan semasa di dalam lif, jiran wanita tersebut menggunakan kemudahan itu sehari selepasnya.

Pada 26 Mac lalu, ibu dan teman lelaki jirannya itu bermalam di apartmen tersebut sebelum keluar berparti dengan sekumpulan individu.

Seorang individu yang menghadiri parti itu mengalami strok dan dibawa ke hospital pada 2 April.

Saintis percaya lif apartmen tersebut dicemari virus Covid-19 selepas wanita tersebut menggunakannya selepas kembali dari luar negara dan menjangkiti jiran lain.

Teman lelaki kepada ibu jiran wanita tersebut menunjukkan simptom Covid-19 pada 7 April sebelum menjangkiti ahli keluarganya yang lain.

Pihak berkuasa mula mengesan kontak rapat yang berhubung dengannya sejak 14 hari lalu.

Mangsa yang mengalami strok selepas hadir berparti sebelum itu dan anak lelakinya pula disahkan positif Covid-19 dan menjangkiti 28 pesakit di sebuah hospital. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lif, apartmen, Covid-19

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan