suria

Budak 6 tahun jadi hero, selamatkan adik daripada serangan anjing

Bridger Walker (kiri) dipuji kerana menyelamatkan adik perempuannya. Foto nicolenoelwalker/Instagram

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun menjadi hero apabila menyelamatkan nyawa adiknya daripada diserang oleh seekor anjing.

Dia bagaimanapun mengalami kecederaan sehingga terpaksa menerima 90 jahitan di wajahnya selepas dia sendiri diserang haiwan tersebut.

Bridger Walker, dari Wyoming di Amerika Syarikat (AS), menjadi perhatian kerana keberaniannya, malah mendapat pujian daripada idolanya, Mark Ruffalo.

Dalam kejadian pada 9 Julai lalu, dia diserang oleh haiwan tersebut, dan digigit beberapa kali di muka dan kepala sebelum menarik tangan adiknya berlari bersama untuk memastikan adiknya selamat.



Adik-beradik ini begitu akrab. Foto nicolenoelwalker/Instagram

Keberaniannya menjadi perhatian selepas ibu saudaranya, Nicole Walker memuat naik beberapa foto adik-beradik itu di laman sosial Instagram.

"Anak saudara lelaki saya menjadi hero apabila menyelamatkan adik perempuannya daripada diserang seekor anjing.

"Sebaliknya, dia sendiri diserang oleh anjing itu supaya adiknya tidak diserang haiwan berkenaan.

"Dia baru keluar dari hospital malam tadi," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain