suria

Tragedi berganda... gadis meninggal dunia di hari jadi ke-21, ibu ‘pergi’ selepas seminggu

Anak dan ibu meninggal dunia dalam tempoh seminggu. Foto GrimsbyLive/ WS

SEBUAH keluarga dikejutkan dengan dua berita sedih menhenai pemergian ahli keluarga mereka, melibatkan seorang anak dan ibu dalam tempoh seminggu.

Gemma Gatt meninggal dunia pada hari ulang tahun ke-21 pada 7 April lalu, disyaki akibat gastrik, manakala ibunya, Maria, 47, meninggal dunia seminggu kemudian pada 4 Julai.

Keluarganya bagaimanapun masih menunggu keputusan bedah siasat mengenai punca kematian Maria.

Gemma yang merupakan bekas pelajar Akademi Cleethorpes di England, menjaga neneknya di rumah.

Maria yang berasal dari Grimsby, juga mengurus rumah penjagaan.

Menurut laporan Grimbsby Live, dia bagaimanapun mengalami sakit belakang dan terpaksa berhenti kerja sejak lima tahun lalu.

Susulan dua kematian mengejut itu, Teresa dan keluarganya memohon bantuan kewangan untuk membiayai kos pengebumian.

"Semua yang telah berlaku amat menyedihkan saya dan ayah," katanya.

"Kami mahu mengucapkan terima kasih, bukan sahaja kerana sumbangan, tetapi juga mesej dan ucapan yang kami terima," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

meninggal, hari ulang tahun,

Artikel Lain