POLIS Amerika Syarikat (AS) yang dikerah ke satu lokasi tunjuk perasaan dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita dalam keadaan tanpa seurat benang. Wanita yang tidak dikenali itu bertindak duduk di atas jalan sambil melakukan yoga dalam usaha untuk mengusir polis dari lokasi kejadian. Ia berlaku di Portland, Oregon pada awal pagi Sabtu. Kejadian itu kemudiannya menjadi tular setelah seorang wartawan, Donovan Farley berkongsi foto wanita tersebut menerusi Twitter. Dalam beberapa foto yang dimuat naik, wanita itu kelihatan sedang berdiri sebelum duduk dalam posisi yoga, beberapa meter dari barisan anggota polis. Dalam protes itu, polis didakwa turut melepaskan tembakan kepada beberapa individu. Kata saksi, polis kemudiannya berlalu pergi dari lokasi wanita itu berbogel. Terdahulu, timbul ketegangan di Portland selepas presiden AS, Donald Trump mengarahkan beberapa monumen yang disifatkan ramai sebagai 'teater politik' agar dilindungi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!