SEORANG lelaki ditahan pihak berkuasa dan bakal didakwa atas kesalahan bunuh tahap kedua. Tyrese Haspil, 21, didakwa membunuh majikannya yang juga jutawan teknologi di sebuah kediaman mewah di Manhattan, Amerika Syarikat. Jutawan dikenali sebagai Fahim Salleh, 33, ditemui mati dengan kecederaan tikaman pada badan, Isnin lalu. Mangsa ditemui mati dengan kesan tikaman pada badan. Bekerja sebagai pembantu eksekutif, suspek yang menetap di Brooklyn ditahan pihak berkuasa selepas siasatan awal mendapati dia ada kaitan dengan kes tersebut. Sepanjang kerjayanya, suspek menguruskan kewangan dan hal peribadi mangsa. Mangsa merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat teknologi yang turut membangunkan aplikasi. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!