suria

Remaja rakam TikTok siat kulit kucing hidup-hidup, gantung anjing... penemuan ngeri di rumah

Krystal Cherika Scott berhadapan dengan tuduhan menyeksa dan membunuh haiwan. Foto KTVB

SEORANG remaja berhadapan dengan tuduhan jenayah yang serius selepas didakwa menyiat kulit seekor kucing hidup-hidup, menerusi aplikasi media sosial popular, TikTok.

Menerusi laporan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Krystal Cherika Scott, 19, dari Kokomo, Indiana di Amerika Syarikat, ditahan dan dan didakwa dengan dua tuduhan membuat dan menyebarkan video kekejaman terhadap haiwan.

Gambar dan video yang mengerikan disiarkan di platform media sosial, termasuk TikTok, menunjukkan Scott didakwa menyeksa dan membunuh kucing dan anjing dengan cara menggantung, menyiat kulit dan pelbagai cara lain.

Scott didakwa mendapatkan kesemua haiwan tersebut dengan memberi respons iklan dalam talian daripada individu yang mahu memberikan haiwan peliharaan.



Video yang dibuat Scott membangkitkan kemarahan orang ramai. Foto KTVB

Laporan The Southern District of India menyebut bahawa remaja itu mula membuat posting tersebut pada 3 Mei 2020, dan meneruskan kegiatannya sehingga 8 Julai lalu.

Pada 14 Julai, FBI mengadakan serbuan di rumah remaja itu, dengan penemuan mengerikan berupa koleksi bahagian badan haiwan, termasuk dipercayai tengkorak kucing dan anjing.

Jika disabitkan kesalahan, Scott berhadapan dengan hukuman penjara tujuh tahun, tiga tahun pengawasan selepas pembebasan dan denda maksimum AS$250,000 (RM1.07 juta). - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain