PIHAK berkuasa di Bangladesh menahan seorang lelaki yang juga pemilik dua buah hospital setelah dia didakwa mengeluarkan ribuan keputusan ujian Covid-19 palsu. Mohammed Shahed yang juga salah seorang ahli parti dalam kerajaan memerintah sememangnya dikenali ramai dan kerap tampil di kaca televisyen sebelum ini. Dia bagaimanapun ditahan pada Rabu berhampiran kawasan sempadan sewaktu cuba melarikan diri ke India. Dia merupakan pengerusi kepada Regent Group dan memiliki dua hospital di kota Dhaka. Menurut seorang detektif, suspek ditahan selepas hospital miliknya dikenalpasti tidak memiliki peralatan lengkap untuk menjalankan ujian Covid-19. Dia kini ditahan selama 10 hari untuk siasatan lanjut. Menurut laporan, hospital milik suspek telah mengeluarkan lebih 10,000 keputusan ujian Covid-19 yang mana 60 peratus disahkan tidak tepat. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!