suria

Pihak berkuasa buru dalang di sebalik sungai beracun, berubah warna akibat kebocoran asid dari lombong terbiar

Sisa buangan kimia dibuang dalam sebuah lombong sebelum ia melimpah akibat hujan lebat.

RAKAMAN dari udara menggunakan dron memaparkan sebatang sungai di pergunungan Ural, Rusia berubah warna menjadi jingga.

Ia berikutan kebocoran asid yang berpunca daripada sebuah lombong terbiar berhampiran.

Penularan rakaman itu ternyata membuka mata pihak berkuasa yang kini sedang memburu dalang disebalik perbuatan itu.

Difahamkan, sisa buangan kimia dibuang dalam sebuah lombong sebelum ia melimpah akibat hujan lebat, sekaligus mengalir ke sungai berkenaan.

Ia dikatakan sudah berlanjutan sejak tahun lalu namun pihak berkuasa tidak mempunyai dana secukupnya untuk meneutralkan asid dalam sungai tersebut.

Malah, ia bukanlah satu-satunya kejadian yang menyebabkan berlakunya kebimbangan ramai mengenai keselamatan alam sekitar negara itu.

Pada bulan lepas misalnya, berlaku pertumpahan minyak besar-besaran Arctic sehingga ia menjadi perbualan ramai dan menimbulkan isu mengenai pencemaran alam. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

sungai, racun, kimia, asid

Artikel Lain