SEORANG wanita yang membuat permintaan di Internet terpaksa menafikan mengenai dirinya telah meninggal dunia. Diane Cope dari Leeds, United Kingdom menulis di Twitter sebelum hari ulang tahunnya ke-62, meminta pengguna mengulang kicau postingnya, supaya dia mendapat menjadi tular. Leeds Live melaporkan bahawa permintaan Diane dipenuhi menerusi laman Twitter. Posting wanita itu menerima lebih 667,000 tanda suka, lebih 220,000 diulang kicau, dan beribu-ribu komen. "Ada hajat besar. Saya berumur 62 tahun hujung minggu ini, jadi saya mungkin mati tidak lama lagi atau mendapat alzheimer atau menjadi kurang siuman. "Saya berharap dapat jadi terkenal sementara masih hidup. Tolonglah retweet (ulang kicau). Saya hendak tular. Hanya sekali, peluang terakhir untuk buktikan saya masih ada," katanya. Namun, ramai menyalahtafsir tweet Diane, menganggap dia mempunyai masa yang singkat untuk hidup, berikutan tulisan tersebut seperti ucapan selamat tinggal. Diane kemudian terpaksa memberi penjelasan kepada orang ramai di Twitter bahawa ia sekadar eksperimen dan tiada yang perlu dibimbangkan. "Selamat pagi semua. Bolehkah saya buat kenyataan, saya bukan nazak! Ramai yang telah membaca tweet saya seperti yang dimaksudkan, ia hanya eksperimen. "Namun, ada yang menganggap saya sedang nazak. Saya mahu terus hidup selama mungkin," katanya. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!