ANGGOTA polis menembak mati seorang lelaki berusia 73 tahun, selepas didakwa enggan memakai topeng muka di pasar raya. Lelaki itu didakwa menyerang seorang pekerja di kedai Valu-mart di Minden, Ontari di Haliburton, Kanada, setelah mereka memintanya memakai topeng yang dibekalkan secara percuma. Menurut kedai tersebut, keengganan suspek membuatkan kakitangan lain membawanya keluar. Setelah keluar dari kedai, dia memandu kenderaannya dan cuba melanggar kakitangan, sebelum merempuh pasar raya. Pemilik kedai, Linda Easton berkata, lelaki tersebut juga melanggar sebuah trak ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pada Rabu. Polis kemudian menjejaki suspek di rumahnya Indian Point Road, berhampiran Tasik Drag, setelah mengesan nombor pendaftaran kenderaannya. Unit Siasatan Khas Ontario berkata: "Di luar kediaman, terdapat interaksi dengan lelaki itu dan dua pegawai melepaskan tembakan. "Lelaki itu ditembak. Dia dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.47 pagi (waktu tempatan)." Ketua Polis Ontario, Jason Folz berkata: "Dia enggan memakai topeng di kedai. Dia tidak dibenarkan memasuki premis sebelum melakukan serangan." - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!