SEORANG wanita dituduh berlaku kejam kerana menyusukan dua anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun serentak. Namun kata Sophie Mei Lan, 32, dia tidak kisah dengan tanggapan orang terhadap dirinya. "Saya sentiasa berharap untuk menjadikan ia sesuatu yang normal. "Walaupun buat di tempat terbuka... tak kira apa pandangan orang sekalipun. "Saya berasa agak malu apabila anak-anak makin besar, tapi ia bukan masalah saya apabila ada yang melihat ia secara seksual," ujarnya. Kata Sophie, dia tidak tahu bagaimana untuk mengehntikan tabiat dua anaknya, Jasmine dan Arianna yang kini masih lagi menyusu badan. "Saya tak tahu bagaimana nak hentikannya dan hanya biarkan ia berlaku walaupun mereka sudah membesar. "Cuma baru tahun lepas saya hentikannya selepas saya dan suami bercerai. Mereka terpaksa bergilir tinggal bersama saya dan bekas suami," katanya lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!