JUTAWAN syarikat teknologi, Fahim Saleh yang dibunuh kejam di apartmen mewahnya dekat Manhattan, New York diacu senjata renjat sebelum ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki berpakaian ala ninja. Anggota badan lelaki berusia 33 tahun itu ditemui terpisah daripada kepalanya oleh adiknya ketika berkunjung ke kediaman mangsa kira-kira pukul 3.30 petang Selasa lalu. Fahim dilihat kali terakhir 25 jam sebelum dia dibunuh. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia berjalan masuk ke lif apartmennya kira-kira pukul 1.40 petang Isnin dengan seorang lelaki berpakaian ala ninja mengekorinya dari belakang. Ketika pintu lif terbuka di tingkat tujuh, kedua-duanya bergelut sebelum Fahim dilihat rebah semasa cuba memasuki apartmennya. Hasil bedah siasat mendapati suspek melemahkan mangsa menggunakan senjata rencat sebelum menikamnya bertalu-talu di bahagian dada sehingga mati. Sebaik sahaja polis tiba di apartmennya, mereka menjumpai mayat Fahim dalam keadaan negeri. Difahamkan tubuhnya ditemui di sudut ruang tamu manakala kepala, lengan dan kakinya dikerat dan diletakkan di dalam beg plastik. - Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!