suria

Ditawar RM25 untuk buat aksi ‘backflip’, pengemis meninggal dunia akibat patah leher

Seorang pengemis mengalami patah leher gara-gara cuba membuat aksi 'backflip' selepas ditawarkan RM25. Foto: Facebook

SEORANG lelaki meninggal dunia akibat patah leher selepas disuruh membuat aksi 'backflip' oleh seorang pemuda yang menawarkannya $ 6 (RM25).

Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Jun lalu di Las Vegas, pemuda bernama Keonte Jones, 28, pada mulanya dihampiri oleh Larry Coner, 55, yang memintanya sedikit wang.

Jones cuba melakukan 'prank' dengan menawarkan Coner $6 sekiranya lelaki tersebut membuat aksi 'backflip'.

Dalam video berdurasi 10 minit, Coner dilihat cuba untuk melakukan aksi tersebut, namun ketika percubaan ketiga, Coner tersilap langkah apabila kepalanya 'mendarat' terlebih dahulu pada lantai.

Akibat kegagalan aksi tersebut, Coner mengalami patah leher dan kecederaan tulang belakang. Dia dimasukkan ke hospital namun meninggal dunia sepuluh hari kemudian.

Jones diberkas polis susulan kematian Coner dan didakwa secara sengaja mengabaikan keselamatan individu lain. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pengemis, patah leher, backflip

Artikel Lain