IBU anak tiga terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas mengalami kesakitan melampau disebabkan implan pada bahagian farajnya. Lindsey Turner, 49, menjalani pembedahan pada Ahad untuk mengeluarkan implan tersebut selepas doktor mendapati wayar yang dipasang melalui dinding faraj terhakis menyebabkan komplikasi dan pendarahan luar biasa. Namun wanita tersebut mengadu kerap mengalami kesakitan sejak beberapa bulan lalu. "Saya menjalani pembedahan besar pada Mac untuk mengeluarkan kesemua implan tersebut tetapi hanya sebahagian yang dikeluarkan. "Sehingga hari ini saya tidak tahu mengapa mereka tidak boleh mengeluarkan kesemuanya. "Saya masih belum pulih dan saya kembali ke hospital seminggu kemudian kerana mengalami sepsis akibat jangkitan pada luka," katanya. Lindsey yang berasal dari Loughton, Essex semakin sembuh selepas kesemua implan itu dikeluarkan. Dia melakukan implan tersebut pada 2009 tetapi gejala seperti pendarahan dan sakit perut berterusan memaksanya bertemu doktor pada September tahun lalu. Pada April 2019, seorang wanita membunuh diri selepas kehidupannya terganggu disebabkan kesakitan pada implannya. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!