SEKUMPULAN jururawat terpaksa menjadi pekerja pembersihan di hospital, selepas banyak janin meninggal dalam kandungan, di wad bersalin. Sebuah hospital di Port Elizabeth, Afrika Selatan mengalami kekurangan kakitangan yang teruk sejak pandemik Covid-19. Setelah berbulan-bulan 'perintah berkurung', Afrika Selatan kini menyaksikan peningkatan kes jangkitan dan jumlah kematian. Kesannya terjejas teruk di bandar Cape Elizabeth, Port Elizabeth, di mana hanya dua doktor yang bertugas di daerah itu. Bercakap kepada BBC, doktor dan jururawat berkata, hospital utama Covid-19 itu kelihatan seperti zon perang. Darah dan sisa perubatan lain tumpah ke lantai dan tidak dibersihkan. Jururawat terpaksa menjadi pekerja pembersihan. Foto BBC Petugas kesihatan terdedah kepada risiko disebabkan oleh kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE), sementara pesakit terpaksa tidur berselimutkan surat khabar kerana kekurangan katil. Keadaan pesakit juga terjejas disebabkan oleh kekurangan ambulans, tiada ventilator dan kekurangan oksigen. Menerusi satu yang diambil di hospital tersebut menunjukkan sekumpulan tikus meminum darah manusia dari longkang. Menurut seorang doktorl, dengan mogok petugas kesihatan, jururawat dan pakar bedah terpaksa membersihkan hospital. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!