suria

Jutawan teknologi dibunuh kejam, adik temui mayat tanpa kepala, badan dikerat di apartmen mewah

Mayat Fahim ditemui adiknya dalam keadaan menyayat hati.

MAYAT seorang jutawan syarikat teknologi tanpa kepala dan tubuhnya dikerat-kerat ditemui adiknya bersebelahan gergaji elektrik di apartmen mewahnya dekat New York.

Mangsa dikenali sebagai Fahim Salleh, 33, ditemui dibunuh kejam di kediaman miliknya bernilai AS$2.25 juta, Selasa petang.

Pasukan penyiasat menjumpai beberapa beg plastik besar di apartmen tersebut dan pembunuh dipercayai cuba membersihkan lokasi kejadian.

Mayat Fahim ditemui adiknya yang pergi membuat pemeriksaan ke apartmen tersebut selepas abangnya itu gagal dihubungi.

Dia kemudiannya menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan mayat abangnya.

Ketika polis tiba di lokasi, gergaji elektrik itu masih terpasang pada suisnya dan kehadiran adik Saleh mungkin disedari pembunuh tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Fahim memasuki lif apartmennya bersama dengan seorang lelaki mamakai sut hitam dan topeng muka sambil membawa bag pakaian.

Sebaik Fahim keluar daripada lif itu, lelaki tersebut mengekorinya dari belakang sebelum mereka bergelut.

Sumber polis memberitahu New York Post bahawa kes pembunuhan Fahim mungkin dirancang dan siasatan sedang giat dijalankan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain