GARA-GARA memaksa seorang gelandangan menjilat mangkuk tandas awam, seorang bekas pegawai polis dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun oleh sebuah mahkamah di Honolulu, Hawaii. John Rabago didakwa memaksa Samuel Ingall, seorang gelandangan berusia 37 tahun, menjilat mangkuk tandas pada Januari 2018. Ketika kejadian, pegawai polis itu bersama rakan sepasukannya, Reginald Ramones menerima aduan orang ramai berkaitan satu insiden gangguan di sebuah tandas awam, iaitu lokasi dia menemui Ingall. Rabago memberitahu Ingall bahawa satu-satunya cara dia terlepas daripada diberkas adalah dengan menjilat air kencing di mangkuk tandas. Awal tahun ini, Ingalls mengemukakan tuntutan sivil terhadap kedua-dua pegawai polis itu kerana menyebabkan gangguan emosi dan beberapa kesalahan lain. "Anda mengambil satu-satunya perkara berharga miliknya iaitu martabatnya sebagai manusia," kata Hakim, Leslie Kobayashi kepada Rabago. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!