SEORANG kanak-kanak perempuan dipaksa berkahwin dengan dua lelaki tua masing-masing berusia 35 dan 51 tahun dalam tempoh sebulan sebelum berjaya diselamatkan. Bapa mangsa yang berasal dari suku Maasai dari Narok County kira-kira 70 batu barat Nairobi, Kenya sedang diburu polis. Menurut kanak-kanak berusia 12 tahun itu, bapanya turut melakukan perkara sama terhadap kakaknya. Difahamkan lelaki berusia 51 tahun itu menawarkan empat ekor lembu sebagai mas kahwin sekiranya mangsa setuju menjadi isteri keduanya. Selepas menolak permintaan tersebut, mangsa dipukul oleh sepupu lelakinya yang mendakwa dia tidak menghormati keluarganya. "Perempuan dilahirkan supaya orang lain boleh makan. Semua yang saya mahukan adalah untuk mendapatkan mas kahwin," kata bapanya kepada mangsa. Dia mengahwini lelaki berusia itu tetapi berjaya melarikan diri dua minggu kemudian. Duta Keamanan Narok, Joshua Kaputa yang menyelamatkan kanak-kanak itu berkata bapa dan dua suaminya dipercayai sedang menyembunyikan diri. Katanya, kemiskinan dan penutupan sekolah akibat perintah berkurung Covid-19 menyebabkan peningkatan kes perkahwinan di kalangan kanak-kanak di negara itu. - Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!