suria

Guru pernah dinobat sebagai ratu cantik, kini dipenjara akibat ‘kantoi’ hantar gambar lucah kepada murid

Ramsey BethAnn Bearse dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun.

SEORANG bekas ratu cantik berhadapan hukuman penjara selepas menghantar gambar lucah dirinya kepada seorang remaja.

Pernah bertugas sebagai guru Sains, ratu cantik Miss Kentucky pada 2014 itu dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun.

Menurut pertuduhan, Ramsey BethAnn Bearse menghantar gambar lucah kepada seorang pelajar berusia 15 tahun.

Selain penjara dua tahun, dia juga perlu menjalani pengawasan selepas dibebaskan.

Dia mengaku bersalah pada Selasa sebelum dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah.

Dia sebelum ini ditahan pada Disember 2018 selepas ibu bapa pelajar tersebut menemui gambar bogel di dalam telefon anak mereka.

Akibat perbuatan itu, kerjayanya sebagai guru selama lapan tahun turut musnah. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain