SEORANG lelaki terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di unit rawatan rapi (ICU) selepas disahkan positif Covid-19. John Place, 42, tenat selepas anak lelakinya tidak menghiraukan amaran dan keluar rumah tanpa topeng muka sebelum menjangkiti seluruh keluarganya dengan wabak itu. Sehingga kini, John sudah dua minggu berada di ICU di sebuah hospital di Florida, Amerika Syarikat. Sebelum ini, seluruh ahli keluarganya dijangkiti wabak itu sejak bulan lalu. Menurut isterinya yang dikenali sebagai Michelle, dia sudah beberapa kali menasihati anak tirinya agar memakai topeng muka setiap kali keluar rumah. Lebih teruk kata Michelle, suaminya juga merupakan penghidap diabetes. "Sekali sahaja kamu lalai, semuanya terkesan sekarang. Mereka tak mahu dengar nasihat, mungkin juga pengaruh rakan sebaya," ujar Michelle. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!