SEEKOR anjing ditemui selamat selepas ia diikat dalam beg plastik sebelum dibuang ke sebuah sungai di Seville, Sepanyol. Kejadian itu disedari oleh dua penunggang motosikal yang menemui satu beg plastik terapung pada 30 Jun lalu. Setelah dibuka, mereka turut menemui dua ekor lagi anjing yang sudah mati. Sejurus kejadian, satu pertubuhan perlindungan haiwan bergegas ke kawasan kejadian. Anjing yang terselamat turut dihantar ke sebuah klinik untuk diberi rawatan. Menurut polis, seorang lelaki berusia 60 tahun dari Arahal sedang disiasat berhubung kes kekejaman itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!