MALANG tidak berbau. Begitulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang remaja perempuan berusia 18 tahun apabila dia maut dalam aktiviti luncur udara. Menerusi kejadian di Amerika Syarikat pada Selasa lalu, Jeanna Renee Triplicat maut bersama jurulatihnya, Nick Esposito apabila payung terjun mereka gagal berfungsi. Menurut bapa mangsa, Joey Triplicat, dia bersama ahli keluarga yang lain menjadi saksi bagaimana payung terjun itu hilang kawalan namun tidak menyangka ia akan berlaku terhadap anaknya. "Ia hari paling teruk dalam hidup kami. Rasa tak percaya. "Kami akan merindui dia sepanjang hayat kami," ujarnya. Difahamkan, payung terjun itu gagal berfungsi selepas mereka terjun dari sebuah pesawat. Malah, payung terjun kecemasan pula lewat dibuka sehingga mereka berada pada altitud rendah sekaligus menjadi punca kejadian ngeri itu. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!