suria

Masjid diarah tutup, imam positif Covid-19 selepas hadiri pengebumian

Masjid Jamia Ghosia di Blackburn, Lancashire, ditutup bagi proses pembersihan. Foto Burton Mail/ SWNS.com

SEBUAH masjid terpaksa ditutup selepas seorang imam disahkan positif Covid-19.

Kejadian berlaku selepas imam berkenaan menghadiri upacara pengebumian yang dihadiri 250 orang.

Masjid Jamia Ghosia di Blackburn, Lancashire, di United Kingdom, ditutup untuk para jemaah, dan ia menjalani proses pembersihan.

Mereka yang menghadiri upacara pengebumian pada 13 Julai lalu dinasihatkan untuk menjalani kuarantin atau melakuan ujian saringan Covid-19.

Penutupan masjid dilakukan apabila Blackburn memperkenalkan langkah baharu untuk memerangi penyebaran Covid-19, minggu lalu setelah menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes tempatan.

Data baharu menunjukkan bahawa Blackburn mengatasi Leicester sebagai daerah dengan kadar jangkitan Covid-19 tertinggi di negara itu, antara 11 dan 17 Julai. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

imam, masjid, Covid-19, Jamia Ghosia,

Artikel Lain