suria

Berang lamaran ditolak, bapa saudara simbah petrol, bakar remaja 14 tahun hingga mati

Penunjuk perasaan membuat bantahan terhadap keganasan. Foto AFP via Getty Images

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun disimbah dengan petrol, sebelum dibakar hingga mati oleh bapa saudaranya sendiri.

Kejadian kejam itu dilakukan disebabkan lamaran bapa saudara untuk berkahwin dengan mangsa ditolak.

Menurut laporan tempatan, Sadia dari Chiniot, Pubjab di Pakistan, telah berjanji dengan saudara lain, dua bulan lalu.

Bapa mangsa, Mohammad Yousuf menolak lamaran abangnya, Mohammad Yaqoob untuk berkahwin dengan anaknya.

Menurut polis, Mohammad Yagoob yang berang kerana lamarannya ditolak kemudian menyerang remaja itu, sebelum menyimbah dengan petrol pada mangsa.

Dia kemudian melarikan diri selepas membakar mangsa.

Ini nampaknya membuatnya marah, dan Jumaat lalu dia menunggu hingga Sadia kembali ke rumah keluarganya yang kosong, kata polis.

Dia kemudian menerkam remaja itu, menyimbah pada mangsa dan membakarnya sebelum melarikan diri.

Sadia berjaya keluar dari rumahnya dan mendapat pertolongan orang awam yang membawanya ke hospital.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

Namun apa yang mengejutkan apabila ibu bapa Sadia cuba menyembunyikan insiden itu dengan memberitahu bahawa Sadia cedera parah akibat letupan silinder.

Bagaimanapun, polis mendapati keterangan mereka tidak konsisten, dan akhirnya polis menahan Mohammad Yagoob selepas mengaku membunuh anak saudaranya selepas disoal siasat. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lamaran, petrol, bakar,

Artikel Lain