PEMAKAIAN topeng muka atau ‘face mask’ sememangnya diwajibkan di London. Namun, seorang lelaki tampil tanpa seurat benang dan hanya menggunakan topeng muka sebagai pengganti seluar dalam di kota terkenal itu. Dia dilihat berjalan di Oxford Street pada Jumaat tanpa menghiraukan orang sekeliling. Malah, ramai yang turut kelihatan bingung apabila terserempak dengan lelaki berkenaan. Untuk rekod, kesemua pengunjung kedai, bank dan lokasi awam tertutup di England wajib memakai topeng muka sejak 24 Julai lalu. Malah, peraturan itu turut dikuatkuasakan dalam pengangkutan awam. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!