RIBUAN umat Islam berkumpul di Hagia Sophia, Turki untuk menjalani solat Jumaat buat pertama kali setelah ia kini dibuka semula sebagai sebuah masjid. Malah, ia turut dihadiri presiden negara itu, Recep Tayyip Erdogan. Ibadah itu dijalankan selepas keputusan 10 Julai lalu untuk menarik semula status bangunan dari era Bizantin itu yang dijadikan sebagai muzium sejak 1935. Pada Jumaat, Edrogan membacakan surah dari al-Quran sebelum azan dilaungkan dari empat menara Hagia Sophia. Malah, karpet juga telah dibentangkan dalam bangunan itu untuk melengkapkan pengubahan muzium itu sebagai masjid. Baru-baru ini, Turki mengumumkan masjid itu akan dibuka semula untuk semua anggota masyarakat.Untuk rekod, Hagia Sophia juga pernah dijadikan sebagai gereja sebelum diubah sebagai masjid dan muzium.- Hurriyet Daily News. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!