SEBUAH video menunjukkan dua remaja melemparkkan seekor anak kucing ke dinding rumah mereka, membangkitkan kemarahan netizen.Kejadian dipercayai berlaku di Mexico. Rakaman tersebut menunjukkan dua remaja lelaki ketawa semasa mengutip seekor anak kucing, dengan hanya memegang bahagian kaki. Mereka kemudian mencampakkan haiwan tersebut ke dinding rumah. Kucing tersebut jatuh ke lantai dan kemudian berlari cuba bersembunyi di sebalik sebuah almari. Bagaimanapun, penyeksaannya belum berakhir kerana ia terus diperlakukan dengan kejam. Menerusi klip video kedua, seorang remaja mengutip kucing tersebut dan mencampakkannya sekali lagi. Sepanjang rakaman itu, hanya kedengaran suara ketawa kedua-dua remaja, manakala kucing berkenaan mengingau berulang kali. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!