SEORANG wartawan malu apabila isterinya selamba berjalan sambil berbogel di belakangnya, yang ketika itu sedang melakukan video penstriman secara langsung. Lebih memalukan, ketika kejadian dia sedang mengadakan perbincangan dengan bekas calon presiden. Pengacara TV dan pelakon, Fabio Porchat, 37, sedang bercakap dengan ahli politik Brazil, Guilherme Boulos, 38, menerusi siri mininya yang bertajuk 'Politics Live' di Instagram. Ketika bersiaran langsung, isterinya, Nataly Mega yang baru keluar dari bilik mandi, berjalan ke bilik tanpa seurat benang kecuali sehelai tuala yang dibalut di atas kepalanya. Sebaik menyedari panggilan video tersebut, dia serta-merta membongkok dan berusaha untuk tidak kelihatan dalam rakaman video. Malangnya, percubaannya itu gagal. Bagaimanapun, Guilherme yang menyedari perkara itu berkata: "Seseorang berbogel sedang melintas" Fabio kemudian memberitahu isterinya: "Semua orang melihatmu." "Kamu boleh nampak?," kata Nataly. "Sudah tentu mereka boleh nampak, malah Boulos pun nampak," katanya sebelum Guilherme ketawa menerusi siaran langsung itu. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!