suria

Habiskan 23 tahun dalam penjara sebelum dibuktikan tak bersalah membunuh... bekas banduan bahagia jalani kehidupan baharu, bakal timang bayi

Ricky yang dipenjarakan pada 1997 atas kesalahan membunuh dua individu, dibebaskan pada Ogos 2019. Foto: Metro.co.uk

SEORANG lelaki yang menghabiskan masa selama 23 tahun di balik tirai besi kerana kesalahan yang tidak dilakukannya, kini sedang bahagia dengan kehidupan baharu bersama tunangnya.

Ricky Kidd, dari Kansas City, Missouri, disabitkan dengan kesalahan membunuh dua individu dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1997.

Dia mengemukakan rayuan terhadap sabitannya sebanyak 11 kali sebelum akhirnya dibebaskan selepas berjaya dalam percubaan rayuan yang ke-12 pada Ogos 2019.

Hakim mengatakan ada bukti 'jelas dan meyakinkan' bahawa dia tidak bersalah di atas pembunuhan tersebut.

Ricky akhirnya dibebaskan pada 15 Ogos 2019.

"Saya telah menunggu berita ini selama 23 tahun. Saya gementar ketika diberitahu namun tak henti-henti senyum. Tapi ia segera bertukar kepada tangisan. Saya menunggu begitu lama untuk dinyatakan tidak bersalah," katanya.

Ricky, 45, yang menulis sebuah buku mengenai kisah hidupnya berkata: "Ia sangat seronok menjadi diri saya pada waktu kini. Saya gembira dapat menjalani kehidupan sekali lagi dan seperti keluar daripada mimpi buruk."

Ricky bertemu dengan tunangnya Dawn Elizabeth, 29, empat bulan selepas pembebasannya.

Pasangan ini sedang menantikan cahaya mata mereka yang dijangka dilahirkan pada Disember depan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

banduan, penjara, bayi

Artikel Lain