RAKAMAN sebuah kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki mencabul dua ekor kuda menggunakan berus cat. Pelaku, Peter Bourne melakukan perbuatan itu pada 19 September lalu di Ceredigion, Wales. Antara yang turut dirakam termasuklah aksi jijiknya menghidu serta menjilat berus cat berkenaan selepas dia melakukan perbuatan terkutuk ke atas haiwan berkenaan. Dibicarakan pada Rabu lalu, dia diarahkan agar tidak mendekati mana-mana ladang haiwan selama lapan tahun. Selain membayar ganti rugi, dia juga diarah menjalani 150 jam kerja sukarela. Dalam pada itu, pemilik kuda berkenaan turut memuji pihak berkuasa selepas kes berkenaan selesai. "Ini sesuatu yang sangat beremosi bagi saya dan seluruh keluarga. "Ianya kejadian yang sangat mengganggu, kami tak jangka ia berlaku," kata Sue Neville. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!