suria

Gorila mati ditikam, pemburu dipenjara 11 tahun

Haiwan itu dilaporkan hilang pada 1 Jun lalu sebelum siasatan membawa kepada penahanan seorang pemburu.

SEORANG pemburu yang menikam seekor gorila terkenal di Uganda sehingga mengakibatkan kematian akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun.

Haiwan dikenali sebagai Rafiki itu merupakan salah seekor daripada 17 gorila popular di negara berkenaan yang serin menjadi tumpuan pelancong.

Ia bagaimanapun dilaporkan hilang pada 1 Jun lalu sebelum siasatan membawa kepada penahanan seorang pemburu dikenali sebagai Felix Byamukama.

Sewaktu perbicaraan, dia mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh gorila tersebut, masuk ke kawasan terlarang dan memiliki daging haram.

Dia juga didapati bersalah atas pemilikan beberapa alat pemburuan yang dirampas di kediamannya.

Untuk rekod, hasil bedah siasat ke atas gorila itu mendapati ia mengalami kecederaan akibat penetrasi objek tajam yang mencederakan bahagian atas badannya serta organ dalaman. -Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rafiki, Felix Byamukama, gorila

Artikel Lain