PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meluahkan hasrat untuk mengharamkan aplikasi video TikTok di negara itu tidak lama lagi. Kata Trump, dia mungkin akan menandatangani arahan eksekutif mengenai hal itu seawal hari Sabtu. Menurut pegawai keselamatan AS, mereka meluahkan rasa risau jika aplikasi dari China itu mengumpul maklumat peribadi rakyat mereka. TikTok bagaimanapun menafikan tuduhan itu. Untuk rekod, TikTok memiliki 80 juta pengguna aktif di AS. Jika diharamkan, langkah itu tentunya memberi tamparan buat syarikat pembangun TikTok, ByteDance. - BBC. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!