suria

Anak bongsu putus asa, kecewa terpaksa jaga ibu miliki berat badan melampau

Lyubov Nurdinova (kanan) bersama anaknya, Alexy tampil menerusi sebuah program televisyen suatu masa dahulu.

SEORANG wanita Rusia yang pernah mencapai berat badan 349 kilogram (kg) ditemui meninggal dunia selepas mengalami depresi.

Dikenali sebagai Lyubov Nurdinova, 57, dia juga pernah dinobatkan sebagai wanita paling berat di Rusia.

Menurut jiran, wanita itu enggan melayan melayan kehadiran jiran-jiran yang mahu bertanya khabar sehinggalah dia ditemui meninggal dunia.

Pernah muncul dalam sebuah program televisyen, dia mengakui anak-anaknya sudah berputus asa untuk menjaganya.

Namun, dia sebelum ini dijaga oleh anak bongsunya yang berusia 25 tahun.

Menerusi program bual bicara itu, anaknya yang dikenali sebagai Alexy turut meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menjaga ibunya.

Malah katanya, dia hanya mempunyai masa untuk bersosial dan keluar sewaktu ibunya dimasukkan ke hospital.

"Saya bertemu teman wanita sewaktu ibu di hospital.

"Saya seronok pada waktu itu kerana tak perlu jaga ibu.

"Selepas dia kembali ke rumah dan saya sudah tidak ada masa untuk diri," ujarnya dalam program itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alexy, obesiti, Rusia, Lyubov Nurdinova

Artikel Lain