TIDAK berperikemanusiaan! Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada seorang pemilik apabila tergamak meninggalkan dua ekor anjing peliharaannya di dalam kereta untuk tempoh yang lama. Lebih teruk, pemilik haiwan peliharaan berkenaan dilaporkan bersuka ria di taman tema! Bagaimanapun, anjing-anjing yang terkurung dan kepanasan di dalam kereta berkenaan berjaya dikeluarkan oleh pegawai polis. Kejadian berlaku di Taman Tema Blackgang Chine, United Kingdom. Posting mengenai kejadian tersebut yang dikongsikan di laman sosial nyata menimbulkan kemarahan ramai. Mereka menyifatkan perbuatan tersebut merupakan kekejaman terhadap haiwan, dan menggesa undang-undang berkaitan dikaji semula. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!