suria

Remaja dakwa tak sengaja tikam lelaki hingga mati ketika kursus senjata... siasatan detektif dedah bukti mengejutkan!

Vladimir Nachev (kanan) didapati bersalah atas tuduhan menikam Hakim Sillah (kiri) sehingga menyebabkan kematian. Foto: Met Police/PA

SEORANG remaja didapati bersalah atas tuduhan membunuh remaja sebayanya dengan menikam mangsa sehingga menyebabkan kematian sewaktu kursus berkaitan penggunaan pisau.

Vladimir Nachev, 18, pergi ke lapangan dengan pisau 'Rambo' sepanjang 25cm dan menikam Hakim Sillah, 18, dua kali di dadanya di Hillingdon Civic Center pada 7 November lalu, Mahkamah Isleworth Crown diberitahu.

Dia kemudian melarikan diri dari lokasi dan menyembunyikan senjata berkenaan di hutan berhampiran rumahnya di Hayes, kata juri.

Hakim dirawat oleh paramedik di tempat kejadian tetapi meninggal dunia di hospital pada hari yang sama tidak lama kemudian.

Nachev kemudian ditahan, di mana dia mendakwa tindakannya itu adalah untuk mempertahankan diri, dengan menyatakan bahawa dia juga tidak bermaksud untuk menikam mangsa di dadanya.

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu bahawa Nachev sebenarnya pernah beberapa kali mengganggu Hakim dengan menghantar mesej-mesej berunsur ancaman, selain pernah mencederakan mangsa sebelum ini.

Detektif juga mendedahkan bukti bahawa Nachev pernah membuat carian di internet mengenai pembunuhan khususnya berkaitan tikaman. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tikam, remaja, Rambo, kursus

Artikel Lain