suria

Duit ‘melayang’ lebih RM 600 kerana beri burung merpati makan di taman, wanita anggap tindakan saman langsung tak masuk akal

Kerris Fenn (kanan) disaman oleh majlis perbandaran kerana dianggap membuang sampah. Foto: MEN Media/ John Rostron/ Geograph.co.uk

GARA-GARA menabur cebisan roti sosej untuk memberi makan burung merpati di sebuah taman awam, seorang wanita berdepan dengan saman berjumlah RM 661 (£120) oleh pihak majlis perbandaran.

Kerris Fenn, 22, berkata ketika itu dia berada di Piccadilly Gardens, Manchester pada 26 Julai lalu dan ternampak sekawanan merpati.

Menyifatkan dirinya seorang pencinta haiwan, Fenn kemudiannya mengoyakkan roti sosejnya untuk diberikan kepada burung-burung berkenaan.

Pegawai penguatkuasa bagi pihak Majlis Bandaraya Manchester, kemudian menghampirinya dan meminta dia menunjukkan kad pengenalan kepada mereka.

Dia kemudian dikenakan saman kerana membuang sampah, yang mana jumlahnya boleh meningkat menjadi RM 827 (£150) jika tidak dijelaskan sehingga 10 hari.

Kerris, yang berasal dari Cardiff mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa tidak ada serpihan yang tersisa di tanah.

"Adalah keterlaluan dan tak masuk akal untuk memperlakukan saya sama seperti seseorang yang membuang sampah di lantai," katanya.

Dia bagaimanapun menjelaskan saman berkenaan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

cebisan, roti, merpati, saman

Artikel Lain