SATU pasangan pengantin dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita yang menceroboh majlis perkahwinan mereka, dan mendakwa dia hamil anak kepada pengantin lelaki. Majlis perkahwinan itu menjadi kecoh bermula dengan tetamu yang tidak dijemput itu menjerit kepada pengantin lelaki. Salah seorang tetamu di majlis yang diadakan di Detroit, Michigan di Amerika Syarikat (AS), merakamkan kejadian itu dan berkongsi di aplikasi TikTok. Video pendek itu menunjukkan kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan sedang disatukan. Secara tiba-tiba, seorang wanita yang berang muncul dari arah belakang dan menjerit ke arah pengantin lelaki. Kehadiran wanita itu bagaimanapun tidak dipedulikan dan majlis perkahwinan terus berlangsung. Bagaimanapun, wanita berkenaan terus mencetuskan kekecohan dan memaklumkan dia hamil anak pengantin itu. Salah seorang hadirin yang dikatakan anak kepada pengantin perempuan tampil ke hadapan dan mencampakkan bunga ke arah wanita tersebut. Video itu meraih lebih 9.9 juta tontonan sejak ia dimuat naik di TikTok. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!