SEBUAH rumah yang diberi jolokan 'skinny house' kini dibuka untuk jualan di Deerfield, Illinois. Namun apa yang membuatkannya menjadi sebutan ramai adalah seni binanya yang sangat unik kerana ia kelihatan seperti sekeping roti. Dikenali sebagai Pie House, hartanah itu kini berada di pasaran dengan harga kurang daripada $ 270,000 (RM 1,130,624). Sejak ia menjadi viral selepas dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna bernama eli.korn_, ramai menjadikannya bahan gurauan kerana pelik bagaimana rumah unik tersebut boleh dijual di pasaran, dan bagaimana pembelinya akan tinggal di dalam sebuah rumah berukuran kecil itu. Namun telahan mereka silap kerana Pie House tidaklah sekecil yang dipaparkan dalam video TikTok itu. Rumah itu sebenarnya mempunyai dua buah bilik tidur dan bilik mandi. - Mirror.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!