SEORANG model menolak tawaran bernilai AS$1 juta (RM4.19 juta) untuk berlakon dalam sebuah filem lucah. Menurut Aurore Pariente, dia diminta membawa watak sebagai pelakon terkenal, Megan Fox dan perlu menutup 70 peratus tatu pada badan untuk merealisasikan filem berkenaan. Ujarnya, dia enggan menerima tawaran tersebut kerana tidak mahu disamakan dengan pelakon filem Transformer itu. Memiliki 1.5 juta pengikut di Instagram, dia mengakui tidak kisah dengan wang ditawarkan dan berasa kecewa dengan hal itu. "Saya kecewa. Saya buat tatu untuk elak orang samakan saya dengan Megan. Tapi orang masih bandingkan kami. "Saya tolak tawaran itu. Mereka patut semak semula fantasi dalam minda mereka," ujar model itu. Sepanjang kerjayanya, model kelahiran Perancis itu sering disamakan dengan Megan. Malah katanya, dia tidak suka akan persamaan itu dan cuba mencari identiti sendiri dengan membuat transformasi tatu pada tubuh. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!