BERMULA dengan perkongsian foto perpustakaan dalam kediamannya menerusi laman Twitter, lelaki ini menerima satu berita yang cukup mengejutkan. Manakan tidak, seorang wanita mengakui jatuh hati dengannya dan terus membuat lamaran perkahwinan. Menurut lelaki dikenali sebagai Shoumik itu, posting berkenaan menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet) setelah ia dimuat naik pada 7 Ogos lalu. Namun, lamaran berkenaan hanyalah satu jenaka yang dibuat oleh seorang wanita yang juga pelayar Twitter. Selain lamaran palsu itu, ramai netizen mengakui cemburu melihat koleksi buku lelaki itu. Malah, ada yang turut meluahkan hasrat untuk berkunjung ke kediamannya untuk melihat sendiri perpustakaan berkenaan. - India Today Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!