PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe dikhabarkan bakal melepaskan jawatannya di susulan masalah kesihatan, lapor media tempatan, NHK, pada Jumaat. Abe dijangka mengadakan sidang media pada pukul 5 petang. Perkembangan terbaharu itu menimbulkan kebimbangan dalam Parti Demokratik Liberal yang dikepalai Abe mengenai calon yang sesuai bagi menggantikan pemimpin berkenaan. Spekulasi mengenai sesihatan Abe hangat diperkatakan sejak pemimpin itu menjalani pemeriksaan di Hospital Unviersiti Keio, Tokyo pada 14 Ogos dan menjalani rawatan susulan. Dilaporkan, kesihatan Abe merosot sejak Julai dan ia bertambah buruk pada awal Ogos. - Japantimes.co Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!