PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya pada Jumaat. Menerusi satu sidang media, Abe berkata keputusan tersebut adalah disebabkan masalah kesihatan. Abe mengatakan dia tidak mahu penyakitnya menghalangi tugas dalam membuat keputusan, dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Jepun kerana gagal menyempurnakan penggal pentadbirannya. Abe, 65, menderita jangkitan pada usus sambil menambah keadaan kesihatannya semakin buruk baru-baru ini. Ujar Abe, beliau perlu menjalani rawatan untuk tempoh yang panjang. Penyakit tersebut pernah menyebabkan Abe berundur buat seketika pada 2007. Bagaimanapun, Abe akan kekal memegang jawatan perdana menteri sehingga penggantinya dipilih. - BBC.Com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!