SEORANG wanita berbikini terpelanting ke udara sebelum terjatuh ke dalam air akibat letupan sebuah bot meletup di Itali. Dia bagaimanapun tidak mengalami kecederaan parah. Berlaku pada Rabu lalu, wanita itu sedang mengisi minyak bot yang diletakkan di sebuah pelabuhan di Ponza sebelum ia meletup secara tiba-tiba. Anak dan suami wanita itu yang berada berdekatan dengan bot juga tidak mengalami kecederaan. Malah, kejadian itu turut dirakam kamera keselamatan yang dipasang di lokasi tersebut. Siasatan bagi mencari punca kejadian itu juga sedang dijalankan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!