suria

Kecoh lelaki separuh bogel hunus pedang pada pelanggan kedai

Seorang lelaki berseluar dalam memegang pedang di hadapan sebuah kedai. Foto Twitter

GEMPAR seeorang lelaki separuh bogel menghunus pedang kepada para pelanggan di luar sebuah kedai di selatan London, United Kingdom.

Menerusi satu rakaman, seorang lelaki berusia 32 tahun hanya memakai seluar dalam, mengacukan pedang kepada orang ramai yang melalui sebuah kedai berdekatan Elephant and Castle.

Beberapa saksi yang berani cuba merampas senjata itu, tetapi mereka kemudian terpaksa lari menyelamatkan diri.

Bercakap kepada Mail Online, Ryan Harris, 23, berkata, dia mendengar kekecohan berlaku dan melihat lelaki itu mengacukan 'pisau panjang' dari tingkap.

"Dia kelihatan seperti mengikut seseorang tetapi saya tidak tahu siapa, dia tidak kelihatan agresif melainkan cuba menakut-nakutkan seseorang.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian pada Ahad, dan menahan lelaki berkenaan.

"Suspek tidak melawan atau melakukan apa-apa dan senjata itu diambil polis sebelum ditahan," kata Ryan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!