SEORANG isteri didakwa menggigit zakar suaminya selepas berang suaminya enggan menghalau seekor tikus dari bilik tidur. Kejadian berlaku di Kitwe di wilayah Copperbelt di tengah Zambia di Afrika. Hubungan Mukupa Musonda dan suaminya Abraham menjadi tegang apabila Mukupa yang tidur berasingan di bilik lain mendapati seekor tikus di bilik tersebut. Ketika kejadian, dia baru pulang dari minum sebelum meminta Abraham menghalau tikut berkenaan, namun suaminya enggan berbuat demikian. Pertengkaran berlaku dan Mukupa didakwa menggigit zakar suaminya kerana marah. Bagaimanapun, tidak dipastikan bagaimana Mukupa boleh menggigit zakar Abraham dan sejauh mana kecederaan yang dialami suaminya itu. Abraham dimasukkan di sebuah hospital dan dirawat kerana mengalami pendarahan. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!