SEORANG lelaki yang sedang sakit tenat meluahkan hasrat untuk menyiarkan detik kematiannya secara langsung menerusi Facebook. Alain Cocq, 57, berkata, ia sebagai tanda protes selepas hasratnya untuk menjalani proses euthanasia ditolak oleh pihak kerajaan. Menerusi proses euthanasia, dia boleh memilih untuk mati sekiranya menghidap penderitaan mental atau fizikal yang kronik atau tidak boleh dirawat. Ujar Cocq, dia yakin bakal menamatkan riwayatnya pada minggu hadapan dan mahu ia ditonton menerusi laman sosial berkenaan. Menurutnya lagi, rakaman detik akhir itu mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai euthanasia. Sebelum ini, permohonan yang dibuat lelaki itu ditolak memandangkan ia tidak dibenarkan di negara Perancis. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!