SEORANG lelaki didakwa mencabut bulu kemaluannya sebelum ia diletakkan dalam pinggan makanan sewaktu menjamu selera di sebuah restoran. Berlaku di Blackburn, England, lelaki itu melakukan perbuatan berkenaan bagi mengelakkan dirinya membayar bil makanan tersebut. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas pihak restoran membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) Selain dirinya, lelaki itu turut ditemani seorang lagi individu. Menurut pihak restoran, mereka pelik apabila mereka memesan makanan yang cukup banyak biarpun hanya datang berdua. "Kami semak dan mendapati ada bulu dalam bidangan. Kakitangan rasa pelik sebelum buat semakan CCTV. "Kami nampak perbuatan itu. Selepas terbongkar, berlaku pertengkaran 10 minit. "Mereka tak bayar harga penuh dan terus berlalu pergi," ujar salah seorang kakitangan. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!