SEORANG wartawan jenayah di Mexico ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan, dengan kepalanya dipenggal. Mayat Julio Valdivia, 44, ditemui di wilayah Tezonapa yang terpencil, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota negara itu, Veracruz. Valdivia banyak menulis mengenai jenayah keganasan di negara teluk berkenaan. Kes Valdivia merupakan kes pembunuhan wartawan terbaharu di salah sebuah negara paling berbahaya dalam dunia kewartawanan. Seorang kakitangan akhbar tempatan mengatakan Valdivia berkemungkinan dilanggar keretapi, bagaimanapun dakwaan itu ditangkis oleh pejabat pendakwa. El Universal dan beberapa akhbar tempatan melaporkan bahawa Valdivia dipenggal. Kes Valdivia merupakan kematian wartawan yang keempat di Mexico pada tahun ini. Pada tahun 2019, kira-kira separuh daripada keseluruhan kes pembunuhan wartawan di seluruh dunia berlaku di Mexico, demikian statistik Jawatankuasa Pelindung Wartawan. - Reuters Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!