SEORANG guru berusia 28 tahun meninggal dunia akibat Covid-19, hanya dua minggu selepas dia kembali ke sekolah. Demetria Bannister, dari Columbia di South Carolina di Amerika Syarikat, membuat persiapan untuk memulakan sesi persekolahan yang baharu. Bannister, yang mengajar kelas gred tiga, kali terakhir dilihat di sekolah pada 28 Ogos bersama rakan sekerja ketika mereka bersiap sedia permulaan sesi persekolahan pada 31 Ogos. Namun, tidak diketahui punca wanita itu dijangkiti Covid-19. Dia bagaimanapun disahkan menghidap penyakit itu pada Jumaat lalu sebelum meninggal dunia pada Isnin, lapor Metro. Bannister, yang juga memimpin kumpulan koir di Windsor Elementary School di Columbia, telah melakukan kelas dalam talian ketika pandemik Covid-19. Proses sanitasi kini dijalankan secara menyeluruh di sekolah berkenaan. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!